Tarikh : 19 & 20 Ogos 2022 ( Jumaat & Sabtu )
Tempat : Jerantut Pahang
Sasaran : 40 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Kepimpinan
Pengenalan
Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Ia juga boleh dilakukan melalui aktiviti-aktiviti di luar kelas. Lawatan sambil belajar ini membolehkan murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori sahaja.
Rasional
- Pendedahan kepada murid mengenai ilmu sejarah dan geografi
- Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri alam semula jadi yang ada di Jerantut Pahang.
- Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan berintegriti terhadap kehidupan.

Aktiviti hari pertama -
Lawatan ke Galeri Mat Kilau, Makam Mat Kilau, Masjid Mat Kilau dan Tapak Rumah Mat Kilau
Aktiviti hari kedua-
Program Sumbang Bakti di SK Kg Baharu dan lawatan ke Perpustakaan Awam Jerantut,Gua Balai dan Gua Tongkat (lokasi yang pernah menjadi kediaman Mat Kilau dan juga penggambaan filem Mat Kilau.)