top of page

NEWS

SELAMAT DATANG PENGETUA BAHARU

Kami seluruh warga SMK Putrajaya Presint (2) amat mengalu-alukan kehadiran Pengetua baharu Puan Rogayah binti Talib yang memulakan tugasnya secara rasmi di SMK Putrajaya Presint 9(2) hari ini menggantikan Tuan Hassim bin Markom yang kini bertugas di SMK Putrajaya Presint 11(1).


Puan Rogayah merupakan bekas pengetua di SMK Putrajaya Presint 9(1). Semoga kehadiran beliau ke SMKPP9(2) dapat memimpin warga SMKPP9(2) menuju ke arah kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


Kehadiran pengetua baharu disambut oleh warga guru dan AKP SMKPP9(2)



Pengetua baharu bersama barisan pentadbir sekolah



Pengerusi KEBIRUS, YM Engku Nazaruddin menyampaikan jambangan bunga kepada Puan Rogayah.

56 views
bottom of page