top of page
Search

PROGRAM KOLABORASI INTERNATIONAL SUMMER SCHOOL WITH TESOL COMPENENT TAHUN 2023

  • smkpp92
  • Aug 17, 2023
  • 1 min read

Bermula 7 Ogos hingga 17 Ogos 2023 , SMK Putrajaya Presint 9(2) telah menerima tetamu istimewa dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Lancaster University, United Kingdom untuk satu program kolaborasi International Summer School With Tesol Component Tahun 2023.


Program ini merupakan platform untuk pelajar di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah dari Lancaster University (LU) untuk menghadiri modul Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dengan peluang untuk latihan mengajar di sekolah tempatan yang diatur oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Program ini juga berperanan sebagai salah satu aktiviti sokongan untuk mewujudkan persekitaran Bahasa Inggeris melalui HIP Outreach (Highly Immersive Programme). Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi akan menyumbang kepada keberkesanan HIP di sekolah.


SMK Putrajaya Presint 9(2) telah dipilih sebagai medan perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang memberi manfaat kepada pelajar dan ahli akademik kedua-dua universiti rakan kongsi melalui mata pelajaran Bahasa Inggeris.


Sepanjang berada di SMK Putrajaya Presint 9(2), 15 peserta program ini dibimbing oleh guru-guru Bahasa Inggeris sebagai mentor. Mereka telah berpeluang masuk ke kelas-kelas Bahasa Inggeris Tingkatan 1, 2 dan 3 dan sama-sama menjalankan aktiviti pembelajaran dan pembelajaran.


Pada 17 Ogos 2023, telah berlangsung Closing Ceremony International Summer School With Tesol Component Tahun 2023 yang diserikan lagi dengan kehadiran Dekan Fakulti Pendidikan, UKM iaitu Prof Dr. Mohd Mahzan Awang.


Semoga jalinan kerjasama dan persahabatan antara UKM, Lancaster University United Kingdom dan SMK Putrajaya Presint 9(2) akan terus menjadi contoh terbaik dalam usaha menyediakan ruang dan peluang pembelajaran kepada murid-murid di 92.






 
 
 

コメント


NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

#Hebatkan92 #N2NurturingGlobalCitizen #N2NurturingExcellence

IMG_2834.JPG
10581640_1498837037044412_844048865_n.jpg

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

IMG_2833.JPG

SMK Putrajaya Presint 9(2)

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).

bottom of page