Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) antara program yang dianjurkan pihak sekolah dalam usaha menarik dan memupuk minat murid untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu keutamaan. Terdapat tiga komponen dalam program NILAM iaitu membaca dan merekod bahan bacaan, mengesahkan rekod dan mengumpul data; serta memberi pengiktirafan dan ganjaran.
Aktiviti NILAM di SMK Putrajaya Presint 9(2) diketuai oleh Guru Perpustakaan dan Media, Puan Nurafidah bt Mohd Khalid komited dilaksanakan secara berterusan dengan harapan ianya dapat membina tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.

Commentaires