top of page

PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH (PERSISS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PUTRAJAYA) 2022

Penarafan surau imarah merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur keberkesanan dan kecekapan pengurusan surau sekolah-sekolah KPM. Melalui penarafan bintang pengiktirafan dan penghargaan akan diberikan kepada pihak sekolah dalam usaha menguruskan surau masing-masing.


Matlamat penarafan ini adalah untuk menjadikan surau sebagai pusat kecemerlangan adab dan nilai melalui urus tadbir yang baik dan bersistematik.


Surau Musolla Ar Raudhah SMK Putrajaya Presint 9(2) telah berjaya mendapat penarafan 4 bintang dan tempat ketiga di peringkat negeri. Tahniah kepada semua ahli pasukan gerak kerja surau. Semoga penarafan ini akan menjadi penguat semangat kepada warga sekolah untuk terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan.




16 views

NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

bottom of page