MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM & KOKU
- smkpp92
- Feb 10, 2023
- 1 min read
Tarikh : 10 Februari 2023
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Tun Abdul Razak, SMK Putrajaya Presint 9(2)
Dirasmikan oleh : Tuan Mohd. Zarrawi Ravi in Abdullah
Timbalan Ketua Nazir, Sektor Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum, KPM
Objektif :
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Bidang HEM mampu mendidik murid menjadi insan yang bertanggungjawab. Hal ini seterusnya dapat menjadikan mereka seorang insan yang berketerampilan , bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Semua elemen ini amat penting sebagai persediaan kepada murid sebelum melangkah ke alam dunia pekerjaan yang sebenar.
Manakala aktiviti yang dianjurkan oleh Bidang Kokurikulum dirancang untuk menggalakkan murid aktif dan mengasah bakat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum Antaranya memupuk semangat bersatu padu, melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berdedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
Matlamat
Antara matlamat Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM & KOKU ini dilaksanakan adalah bertujuan memberi motivasi dan dorongan kepada guru dan murid untuk terus bergiat aktif dalam semua aktiviti sekolah melalui penghargaan yang diberikan. Seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri serta menambahkan penglibatan pelajar dalam menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.




Senarai penerima anugerah seterusnya boleh dilihat di link berikut : https://online.anyflip.com/guaar/wdkp/mobile/index.html
Ketibaan perasmi Tuan Mohd. Zarrawi Ravi bin Abdullah disambut oleh barisan pentadbir sekolah, pegawai JPWPP dan YDP PIBG SMKPP9(2)
Gambar sekitar Sidang 1

Tokoh Murid Mithali Aliran Perdana dan PPKI 2022
Gambar Sekitar Sidang 2

Tokoh Kokurikulum Guru dan AKP 2022

Olahragawan, Olahragawati dan Tokoh Kokurikulum Murid 2022

Comentarios