NEWS

INISIATIF CERDIK - BANTU MURID KUASAI PdPR

Tarikh : 24 Julai 2021

Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Tempat : Foyer SMK Putrajaya Presint 9(2)


Pengagihan peranti Inisiatif CERDIK ini telah melibatkan 54 orang murid tingkatan 3 yang memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan. CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah.


Diharapkan inisiatif ini akan dapat membantu murid-murid menjalani sesi PdPR dengan lebih baik lagi.


Peranti CERDIK yang diterima oleh 54 orang murid tingkatan 3 SMKPP9(2)

Rakaman video pengagihan peranti CERDIK di SMK Putrajaya Presint 9(2)






6 views