NEWS

CERAMAH NUZUL AL-QURAN

Tarikh : 15 April 2022

Masa : 7.30 pagi - 9.30 pagi

Tempat : Dewan Tun Abdul Razak, SMK Putrajaya Presint 9(2)

Tetamu jemputan : Ustaz Muhamad Zulfadli Bin Zulkifli Hassan, Motivational Speaker & Trainer, Zulara Academy


AL-QURAN merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Nuzul bererti turun atau berpindah manakala al-Quran bermakna bacaan atau himpunan.


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadhan, merupakan tarikh penting kepada umat Islam seluruh dunia untuk memperingatinya. Oleh yang demikian, diharapkan dengan input yang diperolehi dari ceramah nuzul Al-Quran ini membolehkan warga sekolah mengingati dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran, menanam minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran seterusnya menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.













9 views