Tarikh : 29 Februari 2020 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Perasmi : Tuan Suhaimi Sun Abdullah, Timbalan Pengarah,Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia
Matlamat sebenar penganjuran sukan adalah untuk melahirkan guru dan pelajar yang sihat tubuh badan, bersemangat daya saing, mempunyai ketahanan mental yang tinggi, kawalan emosi yang baik, kepekaan terhadap persekitaran dan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan pengisian wawasan Pendidikan negara.
Setiap penganjuran sukan mempunyai objektif untuk menjadikan penganjuran ini sebagai medium yang terbaik dalam aktiviti sekolah-sekolah di Putrajaya. Antara objektifnya ialah:
-Menjadikan guru dan murid yang berketrampilan dalam merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti.
-Mencungkil bakat pelajar yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
-Melahirkan insan yang sihat dari segi jasmani dan emosi melalui pengalaman yang dilalui.
-Memupuk sikap kerjasama dan hormat-menghormati antara ahli rumah sukan selaras dengan prinsip yang ditekankan dalam "IB Learner Profile".
-Merancang dan menjalani semua aktiviti yang berlandaskan peraturan yang ditetapkan dan menitikberatkan ciri-ciri keselamatan.
Tahniah kepada Rumah Kasuari atas kejuaraan yang telah berjaya disandang serta tahniah juga kepada Rumah Merak, Helang dan Bayan atas semangat juang dan kesukanan yang tidak pernah padam sepanjang kejohanan berlangsung.

Guru-guru dan murid-murid rumah Kasuari
Buku program boleh dilayari di alamat http://online.anyflip.com/qpmc/vowi/



Gambar-gambar sekitar acara kejohanan Olahraga