top of page
Search

MAJLIS ANUGERAH HEM 2019

  • smkpp92
  • Oct 21, 2019
  • 2 min read

Tarikh : 18 Oktober 2019

Masa : 18.00 - 11.30 pagi

Tempat : Dewan Tun Abdul Razak SMK Putrajaya Presint 9(2)

Perasmi : Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff

Pensyarah Program Sains Politik

Pusat Dasar dan Governans Global Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Tahniah...Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff (tengah) menyampaikan sijil dan hadiah kepada penerima Anugerah Tokoh Murid aliran PPKI, Adam bin Azizul Raheem.

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan satu unit pengurusan Hal Ehwal Murid yang berkaitan dengan disiplin, kaunseling, kedatangan murid ke sekolah, kebajikan dan biasiswa, pengurusan kebersihan dan keceriaan kelas, skim pinjaman buku teks, kesihatan murid, pengurusan kantin dan keselamatan murid. Majlis Anugerah HEM ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru dan murid yang telah berjaya menjalankan tugas dalam bidang Hal Ehwal Murid dengan cemerlang dan aktif. Melalui pengiktirafan, dapat menyuntik dorongan dan motivasi kepada guru-guru dan murid yang lain untuk turut bergiat aktif dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan seterusnya menyumbang idea dan tenaga dalam aktiviti-aktiviti HEM di peringkat sekolah.

Secara rasionalnya, aktiviti-aktiviti dan bidang tugas yang berada di bawah HEM mampu mendidik individu untuk menjadi insan yang bertanggungjawab terutamanya kepada murid. Hal ini seterusnya dapat menjadikan mereka seorang insan yang berketrampilan, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Semua elemen ini amat penting sebagai persediaan kepada pelajar sebelum melangkah ke alam dunia pekerjaan yang sebenar.

Objektif:

i. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang cemerlang

dalam menjalankan tugas mereka.

ii. Mendidik guru dan pelajar untuk sentiasa ikhlas dan bertanggungjawab dalam

menjalankan tugas yang diamanahkan.

iii. Memberi motivasi dan dorongan kepada individu lain untuk turut sama bersungguh-

sungguh dalam menyelesaikan setiap tugas yang diberikan.

iv. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.

v. Memupuk perasaan perpaduan dan muhibah dalam kalangan warga sekolah.

Tahniah kepada semua penerima Anugerah HEM 2019!!


 
 
 

Comments


NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

#Hebatkan92 #N2NurturingGlobalCitizen #N2NurturingExcellence

IMG_2834.JPG
10581640_1498837037044412_844048865_n.jpg

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

IMG_2833.JPG

SMK Putrajaya Presint 9(2)

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).

bottom of page