top of page
Search

KEM ILMU MURID TINGKATAN 5

  • smkpp92
  • Sep 15, 2019
  • 1 min read

Tarikh : 13 - 15hb September 2019

Tempat : Hotel Impian Morib

Dalam menuju kecemerlangan, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya sama ada dari segi akhlak, akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. Kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam khusunya SPM 2019. Bagi mencapai matlamat tersebut, bimbingan ke arah peperiksaan perlu diberi perhatian serius khususnya dari segi teknik-teknik menjawab, pembahagian masa dan pengetahuan tentang soalan-soalan yang kerap di soal di dalam peperiksaan.

Menyedari hakikat inilah maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Kem Ilmu bagi membantu pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan SPM 2019.

JADUAL AKTIVITI KEM ILMU

13 September 2019 (Jumaat)

Slot Akademik 1 (Matematik)

Slot Akademik 2 (Sains/Fizik)

14 September 2019 (Sabtu)

Slot Akademik 3 (Bahasa Inggeris)

Slot Akademik 4 (Sejarah)

15 September 2019 (Ahad)

Slot Akademik 5 (PI/PSI/P.Moral)

Slot Akademik 6 (Bahasa Melayu)

Pendedahan berkaitan teknik menjawab yang betul dan tepat pastinya dapat membantu pelajar menjawab soalan dengan baik seterusnya dapat membantu pelajar mendapat markah yang terbaik dan akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2019.


 
 
 

Bình luận


NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

#Hebatkan92 #N2NurturingGlobalCitizen #N2NurturingExcellence

IMG_2834.JPG
10581640_1498837037044412_844048865_n.jpg

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

IMG_2833.JPG

SMK Putrajaya Presint 9(2)

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).

bottom of page