KEMERIAHAN RAYA ANTARA NEGERI

June 28, 2019

Tarikh   : 28 Jun 2019 (Jumaat)

Masa     : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari 

Tempat : Dewan SMK Putrajaya Presint 9(2) 

 

Bertemakan "Raya Antara Negeri", majlis sambutan hari raya peringkat SMK Putrajaya Presint 9(2) telah disambut dengan penuh meriah. Idea untuk tema sambutan hari raya pada tahun ini telah dicetuskan oleh  Puan Hajah Norzaliha binti Ghazali selaku Penolong Kanan HEM sekolah.  

 

Setiap kelas telah ditentukan untuk menyediakan makanan dan juga hiasan kelas mengikut negeri-negeri yang diwakili oleh mereka sebagai contoh kelas yang mewakili negeri Johor telah menyediakan makanan seperti laksa johor, lontong dan soto ayam.  Penentuan negeri-negeri ini adalah berasaskan undian yang dilakukan oleh setiap guru kelas.  

 

Kerjasama antara guru, ibu bapa, staf sokongan dan murid telah membolehkan majlis ini berlangsung dengan teratur dan penuh meriah.  Kegembiraan dan keceriaan tergambar di setiap raut wajah anak-anak SMK Putrajaya Presint 9(2).  

 

Semoga keceriaan dan hubungan muhibbah ini akan terus berkekalan di masa-masa hadapan.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

LIHAT JUGA :

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PELITUP MUKA OLEH JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA BERSAMA-SAMA PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA SDN BHD

June 26, 2020

MAJLIS PELANCARAN MINGGU 3K & PERASMIAN WALL OF FAME

March 12, 2020

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2019

March 6, 2020

1/7
Please reload

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).

 

Best View: This website is best viewed using Internet Explorer 8 and above and Mozilla Firefox 4.0 with a resolution of 1280 x 768 and above. This website is compatible with most major browser and smartphones.

 

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya