top of page

MERAK JUARA TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMKPP9(2) TAHUN 2019

  • smkpp92
  • Feb 24, 2019
  • 1 min read

Kemucak Temasya Sukan Tahunan SMKPP9(2) telah diadakan pada 23 Februari 2019 bertempat di Padang Sekolah SMK Putrajaya Presint 9(2). Majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi dan telah dirasmikan oleh YBhg Inspektor Hairme bin Mohd Awal, Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Putrajaya.


Turut hadir bersama ialah YBhg Encik Mohd Tahir bin Mohamad, YDP PIBG SMK Putrajaya 9(2). Acara berlangsung dengan penuh meriah dan semua murid melibatkan diri dengan aktif.


Rumah Merak telah muncul sebagai Johan pada tahun ini. Walaupun pada hari kedua temasya sukan dijalankan, Merak menduduki tangga terakhir dengan kutipan pingat emas terendah berbanding rumah-rumah lain namun semangat jitu anak-anak Merak tidak pernah padam dan terus berjuang hingga ke acara terakhir.


Semoga di tahun-tahun hadapan semua murid SMK Putrajaya 9(2) akan terus mengekalkan komitmen dan semangat yang padu dalam penglibatan mereka dalam sukan sekolah.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

KEPUTUSAN KESELURUHAN ACARA :

Johan : Merak

Naib Johan : Kasuari

Ke-tiga : Helang

Ke-empat : Bayan

Pertandingan Perbarisan :

Johan : Bayan

Naib Johan : Merak

Ke-tiga : Kasuari

Ke-empat : Helang

Pertandingan Sorak :

Johan :Kasuari

Naib Johan : Merak

Ke-tiga : Bayan

Ke-empat : Helang

Pertandingan Hiasan Khemah :

Johan : Merak

Naib Johan : Bayan

Ke-tiga : Kasuari

Ke-empat : Helang


 
 
 

留言


NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

#Hebatkan92 #N2NurturingGlobalCitizen #N2NurturingExcellence

IMG_2834.JPG
10581640_1498837037044412_844048865_n.jpg

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

IMG_2833.JPG

SMK Putrajaya Presint 9(2)

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).

bottom of page