Majlis ini telah dilaksanakan pada 18 Februari 2019 hari Isnin jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Tun Abdul Razak SMK Putrajaya Presint 9(2).
Perasmi yang hadir ialah Inspektor Hairme bin Mohd Awal, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah IPD Putrajaya
Antara objektif penting bagi program ini ialah meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Diharapkan melalui program ini dapat menyedarkan murid tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran.