• smkpp92

LARIAN RENTAS PUTRA 2019

Pada pagi ini, SMKPP9(2) mengadakan satu lagi program tahunan sekolah iaitu Larian Rentas Putra bermula jam 7.30 pagi . Program ini merupakan aktiviti yang dikelolakan oleh bahagian ko-kurikulum sekolah. Melalui program ini juga, ia dapat mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah- rumah sukan .

Selain itu, program ini dijalankan bertujuan untuk memilih wakil sekolah untuk pertandingan peringkat daerah. Ibu bapa turut memberikan sokongan terhadap program ini dengan kehadiran mereka pada hari ini.

Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut trek yang salah akan dibatalkan penyertaannya. Diharapkan atlit-atlit hebat dapat di hasilkan daripada program-program seumpama ini.


60 views

LIHAT JUGA :