HEAD'S WELCOME

Assalamualaikum w. b. t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

 

   Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi. Dengan izin-Nya semoga semua perancangan yang telah dimaktubkan dalam laman web ini dapat dilaksanakan. Tranformasi pendidikan Negara hanya boleh berlaku menerusi pendidikan berkualiti sejajar dengan pendidikan alaf baharu. Perubahan membawa penghasilan halatuju yang sama dari setiap warga sekolah dalam PPPM 2013-2025 sebagai diharapkan untuk menjadikan SMK Putrajaya Presint 9(2) berjaya mengekalkan pentauliahan sebagai IB World School.

    Langkah seribu batu bermula dari langkah yang pertama. Walaupun sekolah ini masih hijau dari segi usia, namun perancangan yang mantap akan membolehkan sekolah ini maju seiring dengan Sekolah Berprestasi Tinggi. Kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang akan terlaksana sekiranya semua pihak berusaha bersungguh-sungguh mengatur langkah dan strategi seperti yang termaktub dalam buku ini. Semua ini adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi melahirkan modal insan yang syumul.

 

    Pihak pengurusan sekolah akan sentiasa berusaha memastikan setiap guru diberi tanggungjawab mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Anjakan paradigma dan cara guru berfikir di luar kepompong sedia ada adalah sangat dialu-alukan. Kita tidak boleh lagi bergerak secara manual dalam dunia digital yang serba pantas ini.  Panduan Pengurusan yang telah diberikan kepada semua guru diharapkan dapat dijadikan panduan dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

    Semoga Allah menyatukan hati semua warga SMK PutrajayaPresint 9(2) agar bekerjasama dalam satu pasukan untuk menghasilkan yang terbaik demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah. Mudah-mudahan segala perancangan dan usaha yang murni ini akan dipermudahkan oleh Allah.

 

Wassalam.

 

MOHD ZARRAWI RAVI BIN ABDULLAH

Pengetua,

SMK.PutrajayaPresint 9(2)

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).