NEWS

Search
  • smkpp92

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2019

Tarikh : 5 Mac 2020 (KHAMIS)

Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Dewan Tun Abdul Razak SMKPP9(2)

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu peperiksaan awam yang penting di Malaysia. Terdapat seramai 133 calon SMK Putrajaya Presint 9(2) IBWS yang menduduki peperiksaan ini pada tahun 2019. 40 orang adalah calon aliran Sains manakala 93 orang adalah calon aliran Sastera. Majlis pengumuman keputusan SPM Tahun 2019 telah diadakan pada 5 Mac 2020 iaitu pada hari Khamis.

Majlis ini diadakan untuk mengumumkan keputusan Peperiksaan Sijil Malaysia (SPM) Tahun 2019 secara lebih sistematik dan teratur. Ia juga memberi peluang kepada murid, ibu bapa dan guru-guru untuk mengetahui pencapaian sekolah dalam keputusan SPM Tahun 2019 secara keseluruhan di samping meraikan kejayaan murid.

Gambar-gambar sekitar majlis

Keputusan SPM 2019 tiba di sekolah pada jam 9.15 pagi. Dari kiri Encik Hisham bin Mohd Suhaimi (PK Akademik), Puan Nor Haslinda binti Ibrahim (Pegawai JPWPP), Encik Muhd Zarrawi Ravi bin Abdullah (Pengetua)

Guru-guru subjek melakukan analisis keputusan SPM 2019 di bilik mesyuarat Morning Glory.

Pengumuman dan pengambilan keputusan SPM 2019 di Dewan Tun Abdul Razak SMKPP9(2)

Selamat Maju Jaya kepada semua bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2019.

Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.


56 views

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).