NEWS

Search
  • smkpp92

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Tarikh : 12 - 14 Julai 2019

Tempat : Kompleks Kesatria, UKM, Bangi Selangor

Anjuran : Unit Ko Kurikulum SMKPP 9(2) IBWS

Program Perkhemahan Unit Uniform ini telah disertai oleh pelajar yang dipilih daripada setiap badan unit beruniform SMKPP 9(2). Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak KPM yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.

Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan sepanjang program ialah :

1. Solat berjemaah.

2. Sesi ceramah bertajuk "Pemimpin Islam Unggul" dan "Smart Teamwork".

3. Sesi bersama jurulatih.

4. Cabaran lasak 1,2 dan 3.

Encik Adlan Hidayah b. Halim selaku ketua program merakamkan ucapan penghargaan kepada semua guru, murid dan pihak yang telah banyak membantu melicinkan perjalanan program yang telah dirancang. Segala kelemahan yang dapat dikenalpasti akan cuba diperbaiki di masa-masa hadapan.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi oleh peserta dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka. KoKU 9(2) Hebat!!


57 views

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).