NEWS

Search
  • smkpp92

NASKAH HIDUP TSUNAMI ACHEH

Program ini merupakan satu usaha pihak sekolah untuk membawa seorang Imam Masjid Rahmatullah Patani Acheh untuk berkongsi pengalaman beliau semasa tragedi tsunami yang telah melanda Acheh pada tahun 2004.

Gempa bumi Lautan Hindi berlaku pada 26 Disember 2004 di pantai barat Sumatera, Indonesia mencetuskan satu siri tsunami yang dahsyat. Tragedi tersebut meragut nyawa 230,000- 280,000 orang di 14 buah negara.

Masjid Rahmatullah merupakan satu-satunya bangunan yang dianggap saksi bisu tragedi berkenaan kerana bangunan ini masih kekal berdiri walaupuan seluruh muka bumi Acheh telah menjadi rata seperti padang akibat dilanda ombak setinggi 30 meter.

Diharapkan warga SMK Putrajaya Presint 9(2) dapat mengambil ikhtibar daripada perkongsian cerita dari Imam Sulaiman bin Muhammad Amin mengenai pengalaman beliau sepanjang beliau berada di Acheh.

Penghargaan khas diucapkan kepada bahagian HEM terutamanya Puan Nurafidah binti Mohd Khalid selaku guru media SMKPP 9(2) kerana menjadi tulang belakang utama bagi menjayakan program ini.


8 views

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).