MAJLIS ANUGERAH HEM 2019

October 21, 2019

Tarikh    : 18 Oktober 2019 

Masa     : 18.00 - 11.30 pagi 

Tempat  :  Dewan Tun Abdul Razak SMK Putrajaya Presint 9(2)

Perasmi : Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff

                 Pensyarah Program Sains Politik

                 Pusat Dasar dan Governans Global Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan                             Universiti Kebangsaan Malaysia 

 

Tahniah...Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff (tengah) menyampaikan sijil dan hadiah kepada penerima Anugerah Tokoh Murid aliran PPKI, Adam bin Azizul Raheem.

 

 

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan satu unit pengurusan Hal Ehwal Murid yang berkaitan dengan disiplin, kaunseling, kedatangan murid ke sekolah, kebajikan dan biasiswa, pengurusan kebersihan dan keceriaan kelas, skim pinjaman buku teks, kesihatan murid, pengurusan kantin dan keselamatan murid. Majlis Anugerah HEM ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru dan murid yang telah berjaya menjalankan   tugas dalam bidang Hal Ehwal Murid dengan cemerlang dan aktif. Melalui pengiktirafan, dapat menyuntik dorongan dan motivasi kepada guru-guru dan murid yang lain untuk turut bergiat aktif dengan  tanggungjawab yang telah diamanahkan dan seterusnya menyumbang idea dan tenaga dalam aktiviti-aktiviti HEM di peringkat sekolah.

 

Secara rasionalnya, aktiviti-aktiviti dan bidang tugas yang berada di bawah HEM mampu mendidik individu untuk menjadi insan yang bertanggungjawab terutamanya kepada murid. Hal ini seterusnya dapat menjadikan mereka seorang insan yang berketrampilan, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Semua elemen ini amat penting sebagai persediaan kepada pelajar sebelum melangkah ke alam dunia pekerjaan yang sebenar. 

 

Objektif: 

i.   Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang cemerlang       

    dalam  menjalankan tugas mereka.

ii.  Mendidik guru dan pelajar untuk sentiasa ikhlas dan bertanggungjawab  dalam 

     menjalankan tugas yang diamanahkan.

iii. Memberi motivasi dan dorongan kepada individu lain untuk turut  sama   bersungguh-

     sungguh dalam menyelesaikan setiap tugas yang diberikan.

iv. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.

v.  Memupuk perasaan perpaduan dan muhibah dalam kalangan warga sekolah. 

 

Tahniah kepada semua penerima Anugerah HEM 2019!!

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

LIHAT JUGA :

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PELITUP MUKA OLEH JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA BERSAMA-SAMA PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA SDN BHD

June 26, 2020

MAJLIS PELANCARAN MINGGU 3K & PERASMIAN WALL OF FAME

March 12, 2020

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2019

March 6, 2020

1/7
Please reload

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).

 

Best View: This website is best viewed using Internet Explorer 8 and above and Mozilla Firefox 4.0 with a resolution of 1280 x 768 and above. This website is compatible with most major browser and smartphones.

 

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya