top of page

MAJLIS PENYAMPAIAN TAJAAN BUKU BAGI PROGRAM ZAKAT SEMARAK ILMU KPM-MAIWP-PPZ-ITBM

Tarikh : 26 Julai 2019

Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi

Tempat : Dewan SMKPP 9(2) IBWS

Program Zakat Semarak Ilmu anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pusat Pungutan Zakat- MAIWP (PPZ - MAIWP) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ini diilhamkan daripada inisiatif YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia yang menyarankan agar penerima zakat atau asnaf diberikan sumbangan berbentuk bahan bacaan, selain wang tunai dan makanan, ketika dalam ucapannya beliau di Majlis Prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan pada 13 Disember 2018.

Program ini melibatkan pengagihan tajaan dalam bentuk buku terbitan ITBM bernilai RM700,000 dengan pecahan RM300,000 sumbangan Wakalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); RM50,000 daripada PPZ-MAIWP; dan RM350,000 daripada KPM melalui ITBM.

Antara objektif perlaksanaan program ini ialah menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar asnaf yang diharapkan menjadi pemangkin untuk membentuk imaginasi minda serta masa depan yang lebih baik. Ini selari dengan kempen tanda pagar #MalaysiaMembaca dan merupakan antara pengisian yang dilaksanakan bagi menyokong Dekad Membaca Kebangsaan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran Encik Mohammed bin Hassan (Pengurus Besar Kanan Operasi PPZ-MAIWP), Encik Sakri bin Abdullah (Pengurus Besar merangkap Pemangku Pengarah Urusan ITBM), Ustazah Wan Maizatun binti Wan Hassan (Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya), Ustaz Fahmi Ismail (Penolong Pengurus Besar Khidmat Ejen dan Cawangan PPZ-MAIWP), Puan Norzah Mohd Kassim (Guru Besar SK Putrajaya Presint 9(1), pegawai dan petugas program, wakil sekolah penerima serta semua yang dapat hadir bagi menjayakan majlis pada pagi ini. Semoga segala usaha murni ini dapat dijadikan contoh dan teladan yang baik buat semua.

ogra


60 views

NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

bottom of page