PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

July 16, 2019

Tarikh    : 12 - 14 Julai 2019 

Tempat  : Kompleks Kesatria, UKM, Bangi Selangor

Anjuran : Unit Ko Kurikulum SMKPP 9(2) IBWS 

 

Program Perkhemahan Unit Uniform ini telah disertai oleh pelajar yang dipilih daripada setiap badan unit beruniform SMKPP 9(2).  Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak KPM yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.  

 

Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar.  Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.  

 

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan sepanjang program ialah : 

1. Solat berjemaah.

2. Sesi ceramah bertajuk "Pemimpin Islam Unggul" dan "Smart Teamwork".

3. Sesi bersama jurulatih. 

4. Cabaran lasak 1,2 dan 3. 

 

Encik Adlan Hidayah b. Halim selaku ketua program merakamkan ucapan penghargaan kepada semua guru, murid dan pihak yang telah banyak membantu melicinkan perjalanan program yang telah dirancang. Segala kelemahan yang dapat dikenalpasti akan cuba diperbaiki di masa-masa hadapan. 

 

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi oleh peserta dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka. KoKU 9(2) Hebat!! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

LIHAT JUGA :

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PELITUP MUKA OLEH JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA BERSAMA-SAMA PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA SDN BHD

June 26, 2020

MAJLIS PELANCARAN MINGGU 3K & PERASMIAN WALL OF FAME

March 12, 2020

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2019

March 6, 2020

1/7
Please reload

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).

 

Best View: This website is best viewed using Internet Explorer 8 and above and Mozilla Firefox 4.0 with a resolution of 1280 x 768 and above. This website is compatible with most major browser and smartphones.

 

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya