top of page

PERJUMPAAN 'PERSONAL PROJECT' MURID TING. 5

Perjumpaan kedua antara murid tingkatan 5 dan penyelia bagi membincangkan 'personal project' setiap individu telah diadakan pada 11 Januari 2019 jam 7.30-8.30 pagi bertempat di Dataran Sekolah.

'Personal project' adalah satu projek yang akan dilaksanakan oleh murid-murid tingkatan 1 (2015) semasa mereka di tingkatan 4 (2018) hingga tingkatan 5 (Mei 2019). 'Personal Project' ini menggalakkan muridmurid mempraktikkan dan mengukuhkan "Approach To Learning Skills (ATL)", menggabung jalinkan pengetahuan sedia ada dan yang baru dipelajari serta membangunkan bidang yang diminati oleh murid-murid.

'Personal project' ini dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan dan membolehkan murid-murid:

- melibatkan diri di dalam proses penyelidikan kendiri secara berterusan di dalam lingkungan konteks global IB

- menjana penemuan baru yang lebih kreatif dan memahami dengan lebih baik melalui penyiasatan yang mendalam

- menunjukkan skil, sikap dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah projek di dalam jangka masa yang ditetapkan


25 views

NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

bottom of page