Pada 2 November 2017, Khamis jam 8.00 malam Majlis Anugerah Sukan & Kokurikulum SMKPP 9(2) telah diadakan di PICC Putrajaya. Kami sangat bertuah kerana YBrs. Dr Mehander Singh A/L Nahar Singh, Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah sudi hadir untuk merasmikan majlis.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan untuk semua murid dan guru yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam bidang Sukan & Kokuriklum tahun 2017. Diharapkan warga sekolah akan terus bersemangat mengorak langkah bagi memastikan kejayaan-kejayaan yang telah dirangkul akan terus dikekalkan untuk tahun-tahun hadapan.