top of page

NEWS

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2017

Debaran menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2017 begitu terasa pada pagi ini. Seawal jam 7.30 pagi murid-murid telah berkumpul dan mendengar amanat serta suntikan motivasi dari Tuan Pengetua sendiri Encik Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan. Tidak ketinggalan turut hadir bersama ialah YDP PIBG Encik Mohd Tahir b. Mohamad.

Pentaksiran PT3 akan berlangsung selama 4 hari mulai hari ini Isnin (9 Oktober 2017) dan berakhir pada hari Khamis (12 Oktober 2017). Semoga murid-murid dapat menghadapinya dengan tenang dan yakin. Doa seluruh warga sekolah dan ibu bapa sentiasa mengiringi.


83 views
bottom of page