NEWS

Search
  • smkpp92

MAJLIS PELANCARAN MINGGU 3K & PERASMIAN WALL OF FAME

Tarikh : 9 Mac 2020

Masa : 7.30 -10.30 pagi

Tempat : Dewan Tun Abdul Razak SMKPP9(2)

Perasmi : Puan Hajah Farizah bt Hj Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

Pendahuluan

Pengurusan 3K di sekolah merupakan satu wadah ke arah menghasilkan sekolah sebagai institusi yang mempunyai sistem yang mantap melalui kesedaran tentang pentingnya aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Oleh yang demikian, institusi sekolah perlu dijaga dan dipelihara secara holistik dan berdaya maju. Program 3K ini harus dianggap sebagai satu usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan dan semua murid harus dipupuk serta disemai dengan amalan nilai-nilai murni. Oleh yang demikian pihak sekolah amat mengharapkan pelaksanaan program ini akan menjadi pemangkin ke arah pembangunan sahsiah serta kemenjadian murid, persekitaran fizikal sekolah dan prestasi akademik.

Matlamat

Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar yang unggul melalui pengukuhan program 3K.

Objektif

-Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

-Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.

-Meningkatkan jalinan pemuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan pelaksanaan Program 3K.

-Meningkatkan dan memupuk perpaduan dalam warga sekolah.

Jadual aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu 3K

Perasmian Wall Of Fame oleh Puan Pengarah JPWPP

Pelancaran Minggu 3K di dewan Tun Abdul Razak SMKPP9(2)

Lawatan Puan Pengarah JPWPP dan pentadbir sekolah ke tapak pameran

Lawatan Puan Pengarah JPWPP dan pentadbir sekolah ke Sports Library


43 views

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).