NEWS

Search
  • smkpp92

SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1441H

Tarikh : 13 September 2019 (Jumaat)

Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi

Tempat : Dewan SMK Putrajaya Presint 9(2)

Tema Sambutan Maal Hijrah bagi tahun ini ialah "Negara Rahmah, Ummah Sejahtera" . Umat Islam di Negara Malaysia yang tercinta akan sentiasa mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasulullah SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Bertitik tolak daripada peristiwa hijrah tersebut, umat Islam haruslah mengambil ikhtibar bahawa Ukhwah Islamiah yang kuat dan jitu adalah asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan umat Islam ke era yang global demi munjulang nama Islam di persada mata dunia dan menjadi ikon terbaik di alam maya ini.

Ceramah Maal Hijrah pada tahun ini telah disampaikan oleh Ustaz Syed Abu Bakar bin Tuan Dalam. Diharapkan isi ceramah yang disampaikan akan memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah. Semoga kita semua terus bersatu padu dengan lebih kukuh dalam membentuk negara dan agama yang mantap sesuai dengan Tema Maal Hijrah yang dipilih tahun ini.


27 views

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).