top of page

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG HARI KEBANGSAAN

Tarikh : 26 Ogos 2019

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan SMK Putrajaya Presint 9(2)

Bersempena dengan perayaan bulan kemerdekaan ke-62 tahun, pihak sekolah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan cintakan tanahair, membina jati diri serta menanam rasa bangga terhadap kemajuan dan kejayaan yang telah dikecapi oleh negara. Ini adalah sebagai satu usaha mendidik generasi muda masa kini menghargai sejarah kemerdekaan dan keringat para pejuang terdahulu.

Memandangkan golongan inilah yang bakal menjadi tonggak negara pada masa depan, maka wajarlah usaha ini ditujukan khusus untuk mereka. Di tangan merekalah letaknya hala tuju negara pada masa akan datang. Justeru, mereka harus mempunyai semangat patriotik dan jati diri yang tinggi demi mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.


24 views

NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

bottom of page