NEWS

Search
  • smkpp92

KEMERIAHAN RAYA ANTARA NEGERI

Tarikh : 28 Jun 2019 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Dewan SMK Putrajaya Presint 9(2)

Bertemakan "Raya Antara Negeri", majlis sambutan hari raya peringkat SMK Putrajaya Presint 9(2) telah disambut dengan penuh meriah. Idea untuk tema sambutan hari raya pada tahun ini telah dicetuskan oleh Puan Hajah Norzaliha binti Ghazali selaku Penolong Kanan HEM sekolah.

Setiap kelas telah ditentukan untuk menyediakan makanan dan juga hiasan kelas mengikut negeri-negeri yang diwakili oleh mereka sebagai contoh kelas yang mewakili negeri Johor telah menyediakan makanan seperti laksa johor, lontong dan soto ayam. Penentuan negeri-negeri ini adalah berasaskan undian yang dilakukan oleh setiap guru kelas.

Kerjasama antara guru, ibu bapa, staf sokongan dan murid telah membolehkan majlis ini berlangsung dengan teratur dan penuh meriah. Kegembiraan dan keceriaan tergambar di setiap raut wajah anak-anak SMK Putrajaya Presint 9(2).

Semoga keceriaan dan hubungan muhibbah ini akan terus berkekalan di masa-masa hadapan.


46 views

© SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 

Email : p.smkpp92@gmail.com

Phone : +603-8881 1207

Fax : +603-8881 1210

Jalan P9A, Presint 9,

62250 PUTRAJAYA

Federal Territory of Putrajaya

Disclaimer: SMK Putrajaya Presint 9 (2) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by SMK Putrajaya Presint 9 (2).