top of page

MYPIB PERSONAL PROJECT SHOWCASE 2019

Majlis MYPIB Personal Project Showcase 2019 telah diadakan pada 25 April 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna Aras 1, Menara Seri Wilayah Persekutuan, Presint 2, Putrajaya.

Personal Project Showcase ini merupakan yang pertama kali diadakan dan melibatkan personal project yang dilaksanakan oleh 133 orang murid tingkatan 5. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.

MYPIB Personal Project showcase ini diadakan bagi mempamerkan hasil kerja projek individu murid Tingkatan 5 kepada guru, ibu bapa, murid dan jemputan yang lain. Ianya juga sebagai satu pengenalan dan pendedahan kepada komuniti sekolah dan penduduk setempat tentang iklim pembelajaran dan pengajaran sekolah MYPIB.

Secara rasionalnya, program ini mampu menerapkan 10 nilai IB Learner Profile murid-murid MYPIB. Melalui program ini juga murid boleh meningkatkan keyakinan diri dan menjadi lebih kreatif dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Gambar semasa majlis


117 views

NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

bottom of page