top of page

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MINGGU 3K DAN BAIK HATI

Tarikh : 5 April 2019 ( Jumaat )

Masa : 8.00 - 9.00 pagi

Tempat : Dewan Tun Abdul Razak

Disempurnakan oleh : wakil Tuan Inspektor Hairme Bin Mohd Awal

Pegawai Perhubungan Polis Sekolah

PD Putrajaya

Wakil perasmi : Sarjan Johari B Hussin

Objektif Program Minggu 3K dan Baik Hati

1. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

2. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.

3. Meningkatkan jalinan pemuafakatan strategik antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Pelaksanaan Program 3K.

4. Mewujudkan suasana positif di sekolah yang menggalakkan kebaikan dalam kalangan warga sekolah.

5. Menekankan kepentingan saling menghormati dan tolong menolong sesama kita serta memupuk ciri-ciri positif seperti timbang rasa, belas kasihan, toleransi, tanggungjawab dan sebagainya.

6. Meningkatkan dan memupuk perpaduan dalam warga sekolah.

Aktiviti Sepanjang Minggu

1. Ceramah Kesihatan Mental

2. Ceramah Pengungsian Bangunan Oleh Bomba

3. Kuiz Keselamatan

4. Pameran Kesihatan Dan Keselamatan

5. Ceramah Anti Buli dan Kuiz Anti Buli

6. Pertandingan Melukis Poster

7. Pertandingan Kitar Semula Antara Kelas

8. Pertandingan Menceriakan Kelas Dengan Mutiara Kata

9. Kempen Sampaikan Salam

Gambar Majlis Perasmian Penutupan Program

Terima Kasih kepada semua yang terlibat!

 


111 views

NEWS

SMK Putrajaya Presint 9(2) > News

bottom of page